Rabithah Masyaikh Sufiah Nusantara Sinergi dengan Mudir 'Ali JATMAN untuk Go International
Pada pagi ini (7 Mei 2025), delegasi Rabithah Masyaikh Sufiah Se Nusantara yang diketuai oleh Al-Mukarram Syeikh Sidi Rohimuddin Nawawi al-Bantani telah mengadakan kunjungan hormat kepada Mudir 'Ali Idaroh ‘Aliyyah Jami’iyyah Ahli Thariqah al-Mu’tabarah an-Nahdliyyah (JATMAN), Yang Berbahagia Prof. Dr. Kiyai Ali Masykur Musa, bertempat di kediaman beliau di Condet, Jakarta. Beliau juga merupakan pimpinan bagi Thariqah Naqsyabandi Al-Khalidy. Turut hadir dalam kunjungan ini ialah Kiyai Dr. Ali M. Abdillah, Sekretaris Umum Idaroh ‘Aliyyah JATMAN, serta beberapa wakil dari Sekretariat Rabithah Masyaikh Sufiah Se Nusantara dari Malaysia.
Pertemuan ini merupakan sesi silaturrahim antara dua entiti tarekat utama Nusantara, serta perbincangan berkenaan kerjasama strategik dalam usaha memperkasakan kembali pengajian dan dakwah Tarekat Tasawuf. Pertemuan ini juga menjadi medan pertukaran pandangan dan idea dalam memperkukuh peranan institusi tasawuf di rantau ini. Di akhir pertemuan, Syeikh Sidi Rohimuddin telah menyampaikan jemputan rasmi kepada Prof. Dr. Kiyai Ali Masykur Musa untuk hadir ke Program Kota Sufi Se Nusantara 3.0 yang dijadualkan berlangsung pada bulan Ogos akan datang di Sabah, Malaysia.
Alhamdulillah, Prof. Dr. Kiyai Ali Masykur Musa telah menyatakan persetujuan beliau untuk hadir serta turut serta sebagai salah seorang pembentang utama dalam program tersebut. Semoga jalinan ukhuwah dan kerjasama antara Rabithah Masyaikh Sufiah Se Nusantara dan Jami’iyyah Ahlith Thariqah al-Mu’tabarah an-Nahdliyyah (JATMAN) akan terus kukuh dan memberikan impak yang besar dalam mengembangkan dakwah Tarekat dan Tasawuf di seluruh pelusuk Nusantara.
Rabithah Masyaikh Sufiah Nusantara merupakan organisasi perkumpulan para Masyaikh Tarekat dari berbagai wilayah di Asia Tenggara. Organisasi ini memiliki misi utama untuk meluruskan pemahaman tasawuf dan tarekat serta menjadi wadah silaturahmi antar Masyaikh. Dalam struktur organisasi Rabithah Masyaikh Sufiah Nusantara, Syekh Rohimudin Al Bantani ditunjuk secara aklamasi sebagai Ketua, dengan Syekh Akbar Muhammad Fathurahman sebagai Penasihat dari Indonesia dan Prof. Abdul Manan dari Malaysia. Posisi sekretaris dipegang oleh KH. M. Ali Abdillah (Indonesia) dan Dr. Muhammad Afif Yahya (Malaysia), sementara Dr. Syuhadak Mahmud, KH. Asep Deni, M.Pd., dan KH. Abdul Latif al hafidz dipercaya sebagai bendahara.
Reporter: Dr. Muhammad Afif Yahya
Redaktur: H. Brilly Y. Will., M.Pd.
Post a Comment